BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 29 Jun 2009

Parlimen Malaysia

PENGENALAN :

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA :
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1.
Yang Di-Pertuan Agong
2.
Dewan Negara
3.
Dewan Rakyat


FUNGSI :

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.
Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.

Isnin, 15 Jun 2009

pengenalan

hai selamat datang ke blog saya..............................